DidikTV KPM
DidikTV KPM

DidikTV KPM

DidikTV KPM (dahulunya TV Pendidikan) ialah sebuah stesen televisyen pendidikan yang dimiliki dan dikendalikan dengan usahasama Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Media Prima Berhad. Ia menyiarkan pelbagai rancangan didik hibur (edutainment) untuk pelbagai subjek sekolah rendah dan menengah dan untuk semua lapisan masyarakat.TV Pendidikan memulakan siaran dari 19 Jun 1972 sehingga 31 Disember 2008, dan sejak 1 Januari 2009, ia digantikan oleh EduWebTV.[1]Pada Oktober 2018, Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengumumkan bahawa TV Pendidikan akan dilancarkan semula selepas sekian lama tidak bersiaran.[2][3]TV Pendidikan dilancarkan semula pada 6 April 2020 selepas hampir 12 tahun dan mula bersiaran di OKEY, salah satu saluran Radio Televisyen Malaysia.[4] Rangkaian ini membuat kemunculan semula di RTM selepas dua dekad sejak kali terakhir bersiaran pada tahun 1999.[5]Selepas bersiaran di TV9 hampir 13 tahun lalu, TV Pendidikan membuat kemuculan semula di ntv7 pada 23 November 2020.[6] ntv7 menyiarkan slot program yang dikenali sebagai DidikTV@ntv7 sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Kementerian Pendidikan juga bekerjasama dengan Media Prima untuk meneruskan slot ini pada tahun 2021.

DidikTV KPM

Pemilik
Bahasa Melayu (utama)
Inggeris
Digantikan ntv7
Ibu pejabat Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Laman sesawang www.eduwebtv.com
Negara
Tarikh pelancaran
  • 19 Jun 1972 (1972-06-19) (TV Pendidikan)
  • 6 April 2020 (2020-04-06) (OKEY)
  • 4 Mei 2020 (2020-05-04) (Astro Tutor TV)
  • 23 November 2020 (2020-11-23) (ntv7)
  • 17 Februari 2021 (2021-02-17) (DidikTV KPM)
Ketersediaan Seluruh negara
Gabungan RTM (1972–1999, 2020–kini)
Astro (2000–2006, 2020–kini)
Media Prima (2007–2008, 2020–kini)
EduWebTV (2009–2019)
Jenis Awam

Rujukan

WikiPedia: DidikTV KPM http://star-techcentral.com/tech/story.asp?file=/2... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Kom_Tvdidik.htm https://www.eduwebtv.com/ https://www.themalaysianinsight.com/s/104149 https://www.therakyatpost.com/2020/04/04/tv-learni... https://www.youtube.com/user/eduwebtvmoe https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04...